Saturday 5 January 2013

Produk Terkini Che Wann

Roti Hamlet
Roti Burger
                       Roti Oblong

VISSION & MISSION


VISI
Menjadi sebuah syarikat pengeluar roti yang dikenali dan berdaya saing dengan syarikat lain serta mencapai tahap produktiviti yang menepati syarat dan piawaian yang sah.

          MISI
·                     Berusaha meningkatkan pengeluaran roti yang bermutu dan  halal milik bumiputera yang mampu menembusi pasaran yang lebih luas.
·                     Sentiasa mencipta kelainan dari semasa ke semasa bagi menyaingi pesaing.

Friday 4 January 2013

Latar Belakang Che Wann


W.A.N.N. TRADING CORPORATION SDN.BHD. (638368-U) merupakan syarikat pengeluar dan pembekal bagi roti burger, roti frankfurter (roti hamlet) dan roti oblong berjenama che wann yang di miliki sepenuhnya oleh bumiputera. Syarikat sebelum ini memulakan operasinya di Lot 2481, Cabang Empat Telaga Bata, 16200 Tumpat, Kelantan. Sekarang telah berpindah ke Lot 3200, Kampung Telaga Bata, Jalan Kampung Nechang, 16200 Tumpat, Kelantan.

Penubuhan awal  syarikat adalah bermula pada 01 Januari 1995 dengan nama Wan Food Industry dan telah beroperasi dengan jayanya sejak lebih 10 tahun lalu sebelum menukar status syarikat kepada syarikat sendirian berhad dengan nama W.A.N.N. TRADING SDN. BHD. Setelah pelbagai kejayaan diperolehi, syarikat ini mengukuhkan lagi kedudukannya dengan mendaftarkan syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama yang lebih komersial iaitu W.A.N.N. TRADING CORPORATION SDN. BHD. pada 30 Disember 2003.

W.A.N.N. TRADING CORPORATION SDN.BHD. diterajui oleh dua orang peneraju utama yang bertindak sebagai Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif iaitu Encik Wan Omar Wan Yusoff dan Puan Hasliza Ismail yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi dan pentadbiran syarikat. Sehingga kini, pasaran syarikat telah merangkumi keseluruhan negeri Kelantan dan sebahagian negeri Terengganu. Syarikat  ini juga telah diberi kepercayaan dan dilantik oleh pihak PEMASARAN RAMLY MOKNI SDN. BHD. untuk menjadi pembekal utama produk barangan sejuk beku berjenama ‘Ramly’ pada 22 Mac 1999.

Syarikat juga telah membuka sebuah pasaraya yang bertindak sebagai pemborong dan peruncit untuk barang-barang runcit kepada seluruh penduduk tempatan yang beroperasi di atas Lot  PT 197, Cabang Empat Telaga Bata, 16200 Tumpat, Kelantan.